MENCARI
1001 KEBERKATAN.
Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Umur yang panjang tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Ilmu yang banyak tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Ibadah yang memenatkan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Kediaman yang besar tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Manusia yang memiliki apa yang dia mahu tidak membawa erti tanpa ada keberkatan.
Apa itu berkat?
Berkat diambil daripada perkataan Arab iaitu Barakah. Berkat bermaksud bahagia, beruntung, bertambah dan berkembang. Ar-Raghib al-Asfahani mendefinasikannya sebagai "al-Barakah: Thubutul Khairi al-Ilahi Fis Syai'". Ertinya: Keberkatan itu ialah wujudnya kebaikan yang dilimpahkan oleh Allah di dalam sesuatu.
Jenis Berkat:
a) BERKAT DALAM PELAJARAN
Apa itu berkat?
Berkat diambil daripada perkataan Arab iaitu Barakah. Berkat bermaksud bahagia, beruntung, bertambah dan berkembang. Ar-Raghib al-Asfahani mendefinasikannya sebagai "al-Barakah: Thubutul Khairi al-Ilahi Fis Syai'". Ertinya: Keberkatan itu ialah wujudnya kebaikan yang dilimpahkan oleh Allah di dalam sesuatu.
Jenis Berkat:
a) BERKAT DALAM PELAJARAN
·
Sedikit yang dipelajari tetapi
membuahkan lagi ilmu-ilmu yang lain.
·
Ilmu membuahkan amal.
·
Ilmu merangsangkan lagi untuk kuat
beribadat.
·
Ilmu dikembangkan pula untuk orang
lain.
b) BERKAT DALAM AMALAN/IBADAT
·
Terasa manis dalam ibadat
·
Berterusan dalam ibadat.
c) BERKAT PADA TEMPAT
·
Masjidil Haram, Masjidin Nabawi dan
Masjidil Aqsa.
·
Padang Arafah.
·
Multazam, Safa dan Marwa, Maqam
Ibrahim, Telaga Zam-Zam dll.
d) BERKAT PADA MASA
·
1/3 malam terakhir.
·
Antara azan dan iqomah.
·
Antara azan Jumaat dengan selesainya
khutbah.
·
Bulan Ramadhan terutamanya pada 10 hari
terakhir.
·
Saat melakukan ibadah haji seperti saat
wuquf dan sebagainya.
e) BERKAT
PADA REZEKI/MAKANAN
·
Sumbernya halal.
·
Sedikit tapi cukup.
·
Dengannya kita mampu biayai keluarga.
·
Rezeki menyebabkan kita semakin dekat
dengan Allah.
·
Menyemarakkan lagi semangat untuk
beribadat
f) BERKAT PADA USIA
·
Usia dimanfaatkan untuk menegakkan
syiar Islam.
·
Usia pendek tetapi mendatangkan jasa
besar.
·
Usia itu memenuhi matlamat mengapa kita
berada di dunia ini.
g) Berkat pada sesebuah majlis
·
Dalam majlis tersebut tiada unsur-unsur
yang haram.
·
Tenang berada di dalamnya.
·
Kebaikannya berpanjangan.
·
Tidak membebani mana-mana pihak.
H) BERKAT PADA MANUSIA
·
Menjaga kehormatan diri
·
Sentiasa ingat untuk melakukan
kebaikan.
·
Orang lain menyukainya.
I) BERKAT PADA KEHIDUPAN
·
Syukur atas nikmat yang diterima.
·
Belanja harta pada jalan Allah.
·
Berusaha dapat rezeki yang halal.
·
Ikhlas dalam amalan.