RPH


Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam Tahun 5

Matapelajaran                        : Pendidikan Islam
Kelas                                       : 5 Selamat
Tarikh                                      : 4 Oktober 2012
Masa                                        : 7.45- 8.15 pagi ( 30 minit)
Bilangan Murid                     : 32 orang
Bidang                                    : Asuhan Tilawah Al-Quran
Tajuk                                       : Membaca dan menghafaz surah As-syarah (ayat 1 -  4)
Objektif                                   : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
Aras 1
§  Menyebut potongan ayat daripada surah As-syarah
§  Membaca dan menghafaz potongan ayat daripada surah As-syarah dengan bacaan yang betul.
Aras 2
§  Membaca dan menghafaz potongan ayat daripada surah As-syarah dengan bacaan yang betul dan bertajwid.
§  Sentiasa membaca ayat Al-Quran dengan bacaan yang betul
Aras 3
§  Membaca dan menghafaz potongan ayat daripada surah As-syarah secara bacaan tadwir dengan fasih dan bertajwid.
§  Mengamalkan pembacaan Al-Quran dengan fasih dan bertajwid
Bahan bantu mengajar         :
·         telefon bimbit
·         carta potongan ayat
·         kad potongan ayat
Aktiviti Pengajaran               :

Langkah / masa
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Permulaan
( 2 minit )
Guru dan murid membaca doa bersama-sama
Bacaan doa penerang hati

Set induksi
( 5 minit )

Guru
Ø  Guru bersoaljawab tentang rancangan teka nama lagu yang disiarkan oleh radio Sinar.
Ø  Guru menerangkan pada hari ini murid akan meneka nama surah yang diperdengarkan.
Ø  Guru memperdengarkan bacaan surah alfatihah sebagai contoh dan meminta murid menekanya.
Ø  Guru memperdengarkan beberapa contoh bacaan surah dan meminta murid meneka nama surah.
Ø  Guru memperdengarkan bacaan surah as syarah dan meminta murid meneka nama surah
Ø  Guru mengaitkan nama surah dengan isi pelajaran pada hari ini.
Murid
Ø  Murid memberi tindak balas terhadap soalan guru.
Ø  Murid mendengar bacaan surah yang diperdengarkan
Ø  Murid meneka nama surah yang diperdengarkan.


Bahan bantu mengajar (BBM)
Telefon bimbit
Langkah 1
(perkembangan)
10 minit
Guru
Ø  Guru mempamerkan potongan ayat yang pertama
Ø  Guru membaca dan murid mendengar bacaan guru.
Ø  Guru meminta murid membaca berulang kali secara kelas, kumpulan dan individu
Ø  Guru mengulang kaedah yang sama sehingga ayat yang keempat dengan membuat pengulangan ayat-ayat yang telah dibaca.
Ø  Guru meminta murid mengulang bacaan yang lengkap ayat 1 -4 secara berulang kali secara kelas, kumpulan dan individu
Ø   
Murid
Ø  Murid mendengan bacaan guru
Ø  Murid mengikut bacaan guru secara kelas
Ø  Murid membaca mengikut kumpulan
Ø  Beberapa orang murid dipilih membaca potongan ayat .
Ø  Murid akan mengulang  bacaan ayat pertama dan kedua
Ø  Murid akan mengulang bacaan ayat pertama, kedua dan ketiga
Ø  Murid akan mengulang bacaan ayat pertama,kedua,ketiga dan keempat.
Ø  murid mengulang bacaan yang lengkap ayat 1 -4 secara berulang kali secara kelas, kumpulan dan individu

BBM
Potongan ayat surah As-Syarah

Kaedah
Talaqi musyafahah

Latih tubi
Langkah 2
(pengukuhan)
( 10 minit )
Guru
Ø  guru mengedarkan kad kalimah kepada setiap kumpulan
Ø  guru meminta murid menyusun kalimah menjadi ayat.
Ø  Guru meminta beberapa orang murid membaca berdasarkan potongan kalimah yang telah disusun.
Murid
Ø  Murid bekerja menyusun kad kalimah menjadi ayat
Ø  Beberapa  orang  murid dari setiap kumpulan membaca kad kalimah yang telah disusun.
BBM
Kad kalimah

Kaedah



Nilai
kerjasama



Langkah 3
(pengukuhan )
( 10 minit )
Guru
Ø  Guru melantik seorang ketua dalam setiap kumpulan untuk mendengar dan membimbing rakan sebaya untuk membaca
Ø  Guru meminta ketua kumpulan mencatatkan nama ahli kumpulan yang berjaya membaca dan menghafal dengan betul.
Ø  Guru memberi pemulihan bacaan kepada murid-murid tidak boleh menguasai bacaan yang telah dipelajari.
Murid.
Ø  Murid membaca dengan bimbingan murid turus (ketua kumpulan)
Ø  Murid yang boleh membaca diminta membimbang rakan yang masih belum boleh membaca.

BBM
Kertas catatan nama murid yang boleh menguasai bacaan

Kaedah
Bimbingan rakan sebaya

Nilai
Bersungguh-sungguh

Penutup
(3 minit)
-       Guru menerangkan kelebihan membaca surah As-Syarah
-       Guru mengingatkan agar murid-menyalin semula potongan ayat yang telah dipelajari didalam buku tulis dan mengulangkaji bacaan dirumah.


                                               
Contoh Rancangan Pelajaran Harian Pendidikan Islam ( Akidah)




5 ulasan: