RUKUN IMAN
Rukun Iman: ialah perkara-perkara yang wajib dipercayai dan
diyakini oleh orang Islam.
Rukun Iman Enam Perkara;
·
Beriman kepada Allah
·
Beriman
kepada malaikat
·
Beriman kepada kitab
·
Beriman kepada rasul
·
Beriman kepada hari
Qiamat
·
Beriman kepada Qadak
dan Qadar
BERIMAN KEPADA ALLAH
Beriman kepada Allah ertinya mengaku dan yakin bahawa Allah
itu ada. Kita wajib melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangannya.
Bukti kekuasaan Allah Ta`ala;
- · Di udara contohnya awan yang bergerak diudara dan unggas-unggas yang mampu berterbangan di udara.
- · Di darat contohnya pokok-pokok besar hidup subur dan tinggi seperti yang terdapat didalam hutan, banyak binatang yang hidup dengan tempat tinggalnya sendiri.
- · Di air contohnya berjuta-juta spesis ikan hidup didalam air dengan warna, bentuk yang cantik dan berbeza antara satu sama lain.Bukti kekuasaan Allah boleh dilihat, didengar, dihidu dan dirasa.
BERIMAN KEPADA MALAIKAT
Cara beriman kepada malaikat;
1) Percaya kepada
kewujudannya.
2) Mengawal tingkah laku menurut
perintah Allah.
3) Melakukan amal
kebajikan.
Berikut adalah nama-nama serta tugas malaikat;
1) Malaikat Jibril tugasnya
menyampaikan wahyu.
2) Malaikat Mikail tugasnya
mengatur rezeki.
3) Malaikat Israfil tugasnya
meniup sangka-kala.
4) Malaikat `Izrael tugasnya
mengambil nyawa.
5) Malaikat Mungkar dan Nakir tugasnya
menyoal orang yang telah mati.
7) Malaikat Raqib tugasnya
mencatit amalan kebajikan.
8) Malaikat `Atid tugasnya
mencatit amalan kejahatan.
9) Malaikat Malik tugasnya
menjaga neraka.
10) Malaikat Ridhwan tugasnya menjaga syurga.
Sifat malaikat jauh berbeza. Tidak seperti
kehidupan manusia. Sangat taat patuh dan setia. Melaksanakan perintah yang Maha
Esa. Kejadian malaikat adalah tidak bernafsu. Tidak minum dan tidak makan.
Tidur dan kahwin bukan keperluan. Serta tiada bercinta seperti insan.
Diantara tiga contoh peranan malaikat dalam kehidupan;
1) Hujan turun dan pokok
menjadi segar- tugas dan peranan malaikat Mikail (menurunkan rezeki agar dapat
dinikmati untuk melaksanakan ibadah kepada Allah dengan mudah).
2) Datuk meninggal dunia
kerana sakit- tugas dan peranan malaikat `Izrail (mencabut nyawa bagi orang
yang meninggal apabila sudah tiba akan waktunya).
3) Ali suka memberi
pertolongan- tugas dan peranan malaikat Raqib (mencatit amalan baik yang
dilakukan).
Beza sifat malaikat dengan sifat manusia;
1) Diciptakan daripada
Nur sedangkan manusia daripada tanah.
2) Malaikat tidak
berjantina berbanding manusia yang memiliki jantinanya sendiri.
3) Malaikat tidak dapat
dilihat berbanding manusia yang dapat dilihat dengan pancaindera.
BERIMAN KEPADA
KITAB
Kitabullah ialah Kalamullah yang diwahyukan
kepada rasul-rasulnya. Ia mengandungi syariat atau untuk disampaikan kepada
manusia. Kita wajib beriman dengannya.
Maksud beriman kepada kitab-kitab Allah ialah kita
mesti menyakini bahawa;
1) Allah telah menurunkan
kitab-kitab kepada rasul-rasulnya.
2) Kitab-kitab Allah
adalah wahu yang menjadi panduan manusia.
3) Kitab-kitab Allah
mengandungi peraturan hidup yang benar.
Oleh sebab itu, manusia memerlukan kitabullah kerana;
1) Manusia memerlukan
panduan untuk hidup sempurna.
2) Manusia mempunyai
kelemahan.
Sebagai seorang Islam, kita wajib mempercayai dan
mengamalkan ajaran Al-Qur`an. Al-Qur`an mempunyai kelebihan dan mukjizat yang
tersendiri.
Antara kelebihan
Al-Qur`an adalah seperti yang berikut;
1) Al-Qur`an merupakan
mukjizat teragung kepada Nabi Muhammad s.a.w.
2) Allah memelihara
Al-Qur`an daripada sebarang penyelewengan sehingga Hari Qiamat.
3) Syariat didalamnya
untuk seluruh manusia.
4) Al-Qur`an memansuhkan
syariat-syariat yang terdapat dalam kitab-kitab Allah sebelumnya.
5) Al-Qur`an menjadi
penawar kepada penyakit.
Berikut adalah nama-nama kitab-kitab Allah dengan
rasul-rasul yang menerimanya;
1) Kitab Zabur- Kepada
Nabi Dawud a.s.
2) Kitab Injil- Kepada
Nabi `Isa a.s.
3) Kitab Taurat- Kepada
Nabi Musa a.s.
4) Kitab Al-Qur`an-
Kepada Nabi Muhammad s.a.w.
BERIMAN KEPADA
RASUL
Nabi:*Lelaki mulia pilihan Allah.*Diberikan wahyu
untuk diri sendiri.
Rasul:*Lelaki mulia pilihan Allah.*Diberikan wahyu
untuk dirinya sendiri dan disampaikan kepada manusia.
Beriman kepada rasul itu bermaksud yakin dan percaya bahawa
mereka adalah utusan daripada Allah kepada sekalian manusia.
25 Nama Nabi dan Rasul;
1) Nabi Adam a.s
2) Nabi Idris a.s
3) Nabi Nuh a.s
4) Nabi Hud a.s
5) Nabi Soleh a.s
6) Nabi Ibrahim a.s
7) Nabi Luth a.s
8) Nabi Isma`il a.s
9) Nabi Iskhaq a.s
10) Nabi Ya`kub a.s
11) Nabi Yusuf a.s
12) Nabi Ayyub a.s
13) Nabi Syu`eb a.s
14) Nabi Musa a.s
15) Nabi Harun a.s
16) Nabi Dzul Kifli a.s
17) Nabi Dawud a.s
18) Nabi Sulaiman a.s
19) Nabi Ilyas a.s
20) Nabi Ilyasak` a.s
21) Nabi Yunus a.s
22) Nabi Zakaria a.s
23) Nabi Yahya a.s
24) Nabi `Isa a.s
25) Nabi Muhammad s.a.w
Sifat-sifat Rasul;
Sifat wajib bagi seseorang rasul;
1) Al-Sidqu: Bersifat
benar.
2) Al-Amaanah: Bersifat
jujur.
3) Al-Tabligh: Bersifat
menyampaikan.
4) Al-Fatoonah: Bersifat
bijaksana.
Sifat mustahil bagi seseorang rasul;
1) Al-Kizbu: Bersifat
dusta/ menipu.
2) Al-Khiyaanah: Bersifat
pecah amanah.
3) Al-Kitmaanu: Bersifat
menyembunyikan.
4) Al-Balaadah: Bersifat
bodoh.
Diantara cara-cara beriman kepada rasul;
1) Percaya bahawa rasul
adalah utusan Allah.
2) Belajar dan
mengamalkan ajaran yang disampaikan oleh rasul.
3) Tidak melakukan
perkara yang dilarang.
4) Mengamalkan sunnah
rasul.
Sifat harus bagi rasul adalah sama seperti sifat manusia
biasa yang tidak menjejaskan kerasulannya. Contohnya; makan, minum, sakit dan
lapar.
Cara beriman kepada rasul;
1) Percaya bahawa rasul
adalah utusan Allah.
2) Belajar dan
mengamalkan ajaran yang disampaikan oleh rasul.
3) Tidak melakukan
perkara yang dilarang.
4) Mengamalkan sunnah rasul.
BERIMAN KEPADA
HARI AKHIRAT
Hari Akhirat ialah hari pembalasan baik dan buruk untuk
manusia selepas berlakunya Qiamat. Dan hukum mempercayai dan beriman
kepada hari Akhirat adalah wajib. Ini berdasarkan firman Allah Ta`ala yang
bermaksud: “Dan mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat” (Surah al-Baqarah
2:3).
Kita wajib beriman adanya hari Akhirat. Kita juga hendaklah
percaya bahawa suatu hari nanti alam ini akan musnah. Namun hanya Allah Ta`ala
sahaja yang Maha Mengetahui akan bila berlakunya akan hari Qiamat.
BERIMAN KEPADA
QADAK DAN QADAR
Qadak ialah ketentuan sesuatu perkara yang
telah, sedang atau akan berlaku ke atas seseorang kesemuanya telah ditentukan
oleh Allah sejak azali. Contohnya; ketentuan rezeki, rupa paras dan umur
seseorang.
Qadar ialah perlaksaan ke atas ketentuan sesuatu
perkara sama ada baik atau buruk kesemuanya telah ditentukan oleh Allah sejak
azali. Contohnya; Tajuddin berjaya dalam pertandingan tilawah semasa berumur 12
tahun.
Firman Allah Ta`ala yang bermaksud: “Sesungguhnya kami
menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan”.????
Redha dengan ketentuan dan sabar menghadapi dugaan.
Insya`allah kita akan memperolehi keteguhan iman, kehidupan yang lebih maju dan
Allah memberi ganjaran pahala. Sebagai orang Islam kita wajib beriman dan yakin
kepada Qadak dan Qadar. Malas berusaha, mudah putus-asa dan jauh dari rahmat
Allah (adalah kesan buruk bagi orang yang meninggalkan dari beriman kepada
Qadak dan Qadar).
Antara faedah beriman kepada Qadak dan Qadar;
1) Redha dengan
perkara-perkara yang berlaku.
2) Sabar menempuh dugaan.
3) Mendapat ganjaran pahala.
Antara akibat tidak beriman kepada Qadak dan Qadar;
1) Berusaha tanpa yakin.
2) Bosan membaca buku.
3) Tidak ada keyakinan
diri.
4) Mundur dalam
pelajaran.
5) Gagal dalam kehidupan.
Moga nota-nota ini memberi manfaat.
BalasPadamGuru Pend. Islam yang hebat. Sentiasa up to date. Itulah yang dapat dikatakan. Teruskan usaha anda berblog..
BalasPadamTahniah.Info yang boleh dikongsi bersama .
BalasPadam