Anak-anak permata hatiku,
Akhlak adalah mercu kesempurnaan iman yang akan menyelamatkan manusia daripada api neraka.Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud : " orang yang sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya."( Riwayat al-Kharaiti )
Akhlak umpama buah pada pohon iman. akar tunjang pada pohon itu adalah persoalan iman, batangnya adalah rukun islam, dahannya persolan fardu kifayah , rantingnya umpama amalan-amalan sunat manakala akhlak adalah buahnya.
Keunggulan akhlak baginda Rasullulah s.a.w seharusnya menjadi panduan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: " Sesungguhnya kamu mempunyai akhlak yang tinggi." Dengan ketinggian akhlak itulah Rasullulah menyeru kepada Islam. Lidahnya menuturkan ajaran al-Quran secara lisan, peribadinya diterjemahkan dalam tindakan. Inilah rahsia kejayaan Rasullulah s.a.w dalam dakwahnya.
Lihat bertapa mulianya akhlak baginda Rasullulah s.a.w telah mengislamkan seorang wanita Yahudi yang kerap menabur kotoran dan duri diatas jalan yang dilalui oleh baginda Rasullulah s.a.w.Wanita itu akhirnya memeluk Islam apabila baginda menziarahinya ketika dia sakit. Pada ketika yang lain, baginda hanya tersenyum apabila seorang arab Badwi menarik kain serban dilehernya sehingga berbekas.
Bayangkan betapa baginda sanggup berhenti dan bertanya kepada seorang budak lelaki yang menangis ditepi jalan pada suatu pagi hari raya.Baginda bertanya: " Mengapa engkau menangis?" Anak itu menjawab: "Ayah saya telah syahid sementara ibu saya telah berkahwin lain. Saya tiada baju baru dan tiada apa pun persediaan untuk berhari raya."
Baginda Rasullulah s.a.w mengalirkan air mata. Baginda berkata: " sukakah kamu kalau aku menjadi ayahmu dan Aisyah ( isteri Rasullulah ) menjadi ibumu?" Sungguh tidak terkira gembiranya rasa hati kanak-kanak itu bila mendengar baginda Rasullulah s.a.w yang mulia menjadi ayahnya.Bagainda pun membawa pulang anak itu kerumahnya, dimandikan, dipakaikan dengan baju raya dan dijamu makan.Betapa gembiranya hati kanak-kanak itu begitulah gembiranya hati baginda Rasullulah s.a.w kerana dapat mengembirakannnya.
Setelah pembebasan Mekah ( Fathu Mekah ) dihadapan mereka yang selama ini gigih memusuhi malah pernah berkonspirasi untuk membunuh baginda. Rasullulah s.a.w hanya berkata: " Pergilah kamu semua, sekarang kamu telah bebas." Begitu suci jiwa nabi mampu memaafkan ketika berkuasa membalas.
Kesimpulanya akhlak terpuji mampu menawan hati.Akhlak terpuji juga mampu membahagiakan orang lain dan akhlak terpuji juga mampu meghapuskan sifat dendam.